Friday 7 October 2011

Sinopsis "Melunas Rindu"

Novel ini mengisahkan kehidupan seorang anak muda bernama Fuad yg gigih mencari asal-usul diri yg sebenar.Fuad merupakan anak angkat kpd sebuah keluarga Melayu yg melalui kehidupan biasa di Danau Seberang.Di bawah jagaan Pak Mail,Fuad menjalani hidup sebagai org kampung yg mengamalkan budaya dan tatacara hidup
agama Islam.
Fuad seorang yg berjiwa besar dan gigih di dalam hidup tidak pernah lupa akan asal-usulnya walaupun berjaya memiliki ijazah dlm bidang pentadbiran di Amerika Syarikat.Ketika mencari ibunya yg sebenar, dia berkenalan dgn Farhana guru Bahasa Inggeris yg mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia. Malah sebagai seorang guru sambilan di sekolah yg sama juga, Fuad mula merasai bibit cinta antara dirinya dgn Farhana sudah mula menguntum.
   Perjalanan kehidupan Fuad amat indah kerana sering bernasib baik dlm banyak hal.Dia berjaya menjadi seorang petani muda, dia berjaya menjadi guru tetap setelah diterima utk memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas dlm bidang pendidikan dan dia juga berjaya menemui ibu kandungnya.
   Sebagai seorang yg berpendidikan barat,Fuad yg menguasai bahasa Inggeris telah diminta utk menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia bagi membantu pelajar sekolah khususnya murid-murid tingkatan lima yg akan menduduki peperiksaan SPM.
   Pencarian Fuad utk menemui ibunya turut dibantu oleh Pak Mail,Mak Salmah serta Farhana.Sebagai seorang yg berketurunan Cina,Fuad terpaksa  melalui dugaan hidup ketika menjadi anak angkat kpd keluarga Melayu.Di samping itu,Fuad turut digambarkan sebagai seorang anak muda yg taat kpd ajaran agama Islam.
   Ketika menjadi guru sementara dan kemudiannya bertemu dgn Farhana,kehidupan dan keinginan Fuad utk mengetahui ibu kandungnya kian membara.Tanpa diduga,Farhana yg mula dicintainya itu merupakan adik kandungnya .
   Sejarah terpisahnya Fuad drpd ibu kandungnya terbongkar apabila Fuad bertemu dgn Mariana,iaitu ibu Farhana.Fuad akhirnya berjaya menemui kebahagiaan setelah kekusutan yg dialaminya selama ini terlerai.
   Pada akhir novel ini, keluarga kandung Fuad berkumpul di KLIA.Kehadiran Robert Lim memberikan jawapan bahawa dia masih beragama Islam.Dia mendoakan pemergian anak dan bekas isterinya ke tanah suci Makkah utk mengerjakan ibadah umrah.
                             ~soooooooo sweetttttttt~
=>sekian,terima kasih.
=>be my follower!!!
=>daA~ assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment